"SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG MAJLIS DAERAH PENAMPANG | WELCOME TO THE PENAMPANG DISTRICT COUNCIL WEBSITE"


Mengenai Daerah Penampang

Keunikan sesuatu tempat dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah masyarakatnya yang masih ada. Namun ia akan beransur dilupakan oleh elemen modenisasi dan globalisasi sekiranya tidak dihargai dan dipelihara untuk generasi akan datang. Daerah Penampang merupakan pusat penempatan dan kebudayaan kaum Kadazan dan Dusun yang juga merupakan etnik peribumi yang terbesar di Sabah yang terletak di pantai barat negeri Sabah, bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu. Nama “Penampang” diambil... daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog. Nama “Penampang” berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang. Daerah Penampang secara keseluruhannya meliputi kawasan seluas 42,473.43 hektar (424.73 kilometer persegi) di mana sebahagian besarnya merupakan tanah tinggi dan kawasan hutan semula jadi. Keluasan kawasan Operasi Majlis Daerah adalah seluas 5,475.04 hektar (54.75 kilometer persegi) dan keluasan kawasan Kawalan adalah 39,997.39 hektar (399.97 kilometer persegi). Catatan statistik bancian penduduk pada tahun 2010 menunjukkan sekitar Penampang mempunyai penduduk seramai 93,616 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini. Daerah Penampang dipengaruhi oleh dua musim tengkujuh iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Monsun Timur Laut berlaku antara November hingga Mac dengan suhu sejuk dan kurang hujan, manakala Monsun Barat Daya berlaku antara Mei dan September, membawa suhu panas dan hujan lebat. Purata suhu tahunan adalah 27°C dengan perubahan suhu sepanjang tahun yang kecil iaitu 1.5°C sahaja. Secara umumnya, bulan April dan Mei adalah bulan terhangat iaitu dalam lingkungan 27.7 °C pada bulan Mei. Purata suhu yang agak rendah adalah pada bulan Disember dan Januari. Purata hujan tahunan adalah 2788 mm. Jumlah paling banyak hujan berlaku adalah sekitar bulan Oktober dengan purata 346 mm. Perubahan jumlah hujan di antara bulan paling kering dan lembab adalah 261 mm. Musim panas terik dan kering biasanya berlaku di bulan Februari dan Mac dengan jumlah paling sedikit hujan pada bulan Februari. Purata hujan di bulan ini ialah 85 mm. Keadaan kelembapan adalah tinggi dan berlaku sepanjang tahun. Daerah Penampang mempunyai banyak kawasan pelancongan dan tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati. Antaranya adalah Perkampungan Tradisi Monsopiad, pusat perkelahan Tinukadan, Tamu Daerah Penampang, Gereja St. Micheal, Muzium Pogunon dan Tagal Babagon Tinompikon.

Blinking feature using CSS


'Anda boleh skrol ke bawah untuk melihat pengumuman lain yang dihebahkan di dalam ruangan ini'

Tempahan Fasiliti Majlis Daerah Penampang





SABAH INTERNATIONAL BLUE ECONOMY CONFERENCE (SIBEC) 2024




eFlyers SPRM Bil.39/2024





22 Jan 2024




ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN, 1961
(ORDINAN NO. 11 1961) (PINDAAN 2000)

NOTIS PENILAIAN HARTA BERKADAR MAJLIS DAERAH PENAMPANG
(KAWASAN PERCUKAIAN, 2022)


Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, iaitu seksyen 74 dan 77, pembayar cukai dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Penampang telah menjalankan penilaian ke atas semua harta yang boleh dikenakan kadaran termasuk harta-harta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam kawasan “Operasi” Majlis Daerah Penampang bagi tahun 2022 dan senarai Penilaian bagi harta-harta tersebut telah disediakan. Kawasan “Operasi” Majlis Daerah Penampang meliputi Pekan Donggongon dan dari kawasan Lido (Jalan Lintas) ke arah selatan sepanjang Jalan Penampang – Lok Kawi sehingga Kg. Maang; semua kawasan sepanjang Jalan Kolam di sebelah utara ke arah timur sehingga Kg. Minintod dan sepanjang Jalan Penampang – Tambunan sehingga Jalan Kolopis; dan sepanjang Jalan Penampang Bypass di sebelah barat sehingga Kg. Kepayan serta mana-mana harta-harta berkadar di dalam kawasan perkadaran yang diarahkan oleh Majlis Daerah Penampang. Senarai Penilaian dan salinannya boleh disemak dan diperolehi di pejabat Majlis Daerah Penampang pada waktu pejabat.


Sesiapa yang ingin membuat bantahan terhadap Penilaian tersebut hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengerusi Majlis Daerah Penampang sekurang-kurangnya 6 hari sebelum 11.07.2023 iaitu pada tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran bantahan.


Setiap notis hendaklah menyatakan dengan jelas amaun penilaian yang dianggap oleh pembantah sebagai munasabah untuk menggantikan amaun yang dinyatakan di dalam Senarai Penilaian serta alasan-alasan bantahan bersama dengan maklumat-maklumat berkaitan. Yuran sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja) hendaklah disertakan.


Diperbuat di Penampang pada 7 haribulan JUN 2023.


FRANCIS CHONG
Pengerusi Majlis Daerah Penampang


***
Notis tersebut di atas telah diiklankan dalam akhbar seperti berikut;

Daily Express
Tarikh: 12 Jun 2023 (m/s 20) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s 19) klik di sini untuk melihat keratan akhbar

Overseas Chinese Daily News
Tarikh: 12 Jun 2023 (m/s A8) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s A11) klik di sini untuk melihat keratan akhbar

The Borneo Post
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s 13) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 14 Jun 2023 klik di sini untuk melihat keratan akhbar

See Hua Daily News
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s A6) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 14 Jun 2023 (m/s A4) klik di sini untuk melihat keratan akhbar

16 Jun 2023





09 Mei 2023




NOTIS PINDAHMILIK HARTANAH

Anda kini boleh membuat pindahmilik hartanah / alamat secara online di sini.
Bagi penukaran pindahmilik hartanah / alamat secara manual, borang MDPG:PEN5 (Pindaan 2020) boleh dimuat turun di sini.

02 Mac 2023





02 Mac 2023




 





02 Februari 2023





04 Januari 2023







TENDER / SEBUTHARGA

Sila 'skrol ke bawah' di dalam ruangan ini untuk melihat senarai-senarai tender/sebutharga.

Ruangan Tempoh Luput mempunyai automatic countdown dan akan berubah ke status 'expired' jika tarikh iklan telah mencapai tarikh luput seperti yang ditetapkan dalam pautan lampiran dokumen.

No Rujukan Keterangan Makluman Perolehan Tempoh Luput Dokumen
1 MDPPG: (N)300-1/3(24)/1 Cadangan Menaik-taraf Kawasan Lapang Taman Oriental Penampang Notis Kenyataan Tender PUKONSA Kelas-E Kepala 1:1 & 4 : 3(a) & 6(a) dan CIDB PPK 25 APRIL - 20 MEI 2024 Rujuk sini.
2 MDPPG: 300-7/1 Kenyataan Tawaran Tender Pelupusan Aset Alih Kerajaan (Kenderaan Terpakai) Kenyataan Tawaran Tender COMPACTOR / MITSUBISHI FUSO (SAB 8314 G) 17 APRIL - 25 APRIL 2024 Rujuk sini.
3 MDPPG:(M)300-1/3(23)/32 Membekal dan memasang papan nama "HIVANG DATUK PETER MOJUNTIN" dengan lampu LED di Kawasan Tugu Datuk Peter Mojuntin Kenyataan Tender PUKONSA Kelas F, Kepala 1 Sub Kepala 1 atau SPKK Gred G1, Kategori CE, Pengkhususan CE21 2 MEI 2024 klik sini.
4 MDPPG: (p)300-1/3(23)/1 Menyelenggara Kolam Takungan Taman Vista Kiranau, MD Penampang Kenyataan Sebutharga PUKONSA Kelas F, Kepala 1 Sub Kepala 1 Atau SPKK Gred G1, Kategori CE, Pengkhususan CE21 18 MAC - 26 MAC 2024

Expired!

Klik sini.


PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi

PENGERUSI

En. Francis Chong

PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH PENAMPANG
Pegawai Eksekutif

PEGAWAI EKSEKUTIF

En.Robert Malangkig

e-Info Perkhidmatan

Digital e-Bulletin 2023

CARIAN
(Aksara sahaja)

SAYA INGIN ...

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 131 Pelawat Hari Ini
» 144 Pelawat Kelmarin
» 418 Pelawat Minggu Ini
» 3228 Pelawat Bulan Ini
» 14745 Pelawat Tahun Ini
» 185359 Jumlah Keseluruhan Pelawat

                                                     
PENAFIAN : Majlis Daerah Penampang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakkan yang dialami
disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2024 LAMAN RASMI MAJLIS DAERAH PENAMPANG
Dikemaskini Oleh Unit ICT Majlis Daerah Penampang: 24 April 2024 | 05:32pm

Paparan terbaik menggunakan resolusi minimum 1280 X 1024, Pelayar Mozilla Firefox | Google Chrome | Microsoft Edge dan menggunakan peranti mudah alih (Mobile View).
Blinking feature using CSS

Hai, Kopivosian!