Keunikan sesuatu tempat dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah masyarakatnya yang masih ada. Namun ia akan beransur dilupakan oleh elemen modenisasi dan globalisasi sekiranya tidak dihargai dan dipelihara untuk generasi akan datang. Daerah Penampang merupakan pusat penempatan dan kebudayaan kaum Kadazan dan Dusun yang juga merupakan etnik peribumi yang terbesar di Sabah yang terletak di pantai barat negeri Sabah, bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu.
Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog. Nama “Penampang” berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.
Daerah Penampang secara keseluruhannya meliputi kawasan seluas 42,473.43 hektar (424.73 kilometer persegi) di mana sebahagian besarnya merupakan tanah tinggi dan kawasan hutan semula jadi. Keluasan kawasan Operasi Majlis Daerah adalah seluas 5,475.04 hektar (54.75 kilometer persegi) dan keluasan kawasan Kawalan adalah 39,997.39 hektar (399.97 kilometer persegi). Catatan statistik bancian penduduk pada tahun 2010 menunjukkan sekitar Penampang mempunyai penduduk seramai 93,616 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.
Daerah Penampang dipengaruhi oleh dua musim tengkujuh iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Monsun Timur Laut berlaku antara November hingga Mac dengan suhu sejuk dan kurang hujan, manakala Monsun Barat Daya berlaku antara Mei dan September, membawa suhu panas dan hujan lebat. Purata suhu tahunan adalah 27°C dengan perubahan suhu sepanjang tahun yang kecil iaitu 1.5°C sahaja. Secara umumnya, bulan April dan Mei adalah bulan terhangat iaitu dalam lingkungan 27.7 °C pada bulan Mei. Purata suhu yang agak rendah adalah pada bulanDisember dan Januari.
Purata hujan tahunan adalah 2788 mm. Jumlah paling banyak hujan berlaku adalah sekitar bulan Oktober dengan purata 346 mm. Perubahan jumlah hujan di antara bulan paling kering dan lembab adalah 261 mm. Musim panas terik dan kering biasanya berlaku di bulan Februari dan Mac dengan jumlah paling sedikit hujan pada bulan Februari. Purata hujan di bulan ini ialah 85 mm. Keadaan kelembapan adalah tinggi dan berlaku sepanjang tahun.
Daerah Penampang mempunyai banyak kawasan pelancongan dan tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati. Antaranya adalah Perkampungan Tradisi Monsopiad, pusat perkelahan Tinukadan, Tamu Daerah Penampang, Gereja St. Micheal, Muzium Pogunon dan Tagal Babagon Tinompikon.
09 Mei 2023
NOTIS PINDAHMILIK HARTANAH
Anda kini boleh membuat pindahmilik hartanah / alamat secara online di sini.
Bagi penukaran pindahmilik hartanah / alamat secara manual, borang MDPG:PEN5 (Pindaan 2020)
boleh dimuat turun di sini.
02 Mac 2023
02 Mac 2023
NOTIS MAKLUMAN KEROSAKAN TALIAN TELEFON PEJABAT MAJLIS DAERAH PENAMPANG
Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon di pejabat Majlis Daerah Penampang pada masa ini sedang mengalami kerosakan.
Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi ditalian 088-711713 atau emel kepada md.ppg@sabah.gov.my Aduan awam juga boleh disalurkan melalui aplikasi MDPG e-services.
Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
10 Februari 2023
02 Februari 2023
04 Januari 2023
PAMERAN DRAF PELAN TEMPATAN DAERAH PENAMPANG
Tempat: Wisma Majlis Daerah Penampang
Tarikh: 18 Oktober 2021 – tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Makluman:
Tempoh Pemeriksaan dan Bantahan Awam Terhadap Draf Skim Perancangan Pelan Daerah dan Pelan Tempatan Penampang dilanjutkan sehingga ke satu tarikh tutup yang akan dimaklumkan kelak.
Bagi yang belum berkesempatan untuk mengemukakan cadangan atau bantahan terhadap draf skim ini, anda boleh melawat pameran di Lobi Pejabat Majlis Daerah Penampang.
Sekian, terima kasih.
18 Januari 2022
ENCIK FRANCIS CHONG
ENCIK ROBERT MALANGKIG