Mengenai Daerah Penampang

Keunikan sesuatu tempat dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah masyarakatnya yang masih ada. Namun ia akan beransur dilupakan oleh elemen modenisasi dan globalisasi sekiranya tidak dihargai dan dipelihara untuk generasi akan datang. Daerah Penampang merupakan pusat penempatan dan kebudayaan kaum Kadazan dan Dusun yang juga merupakan etnik peribumi yang terbesar di Sabah yang terletak di pantai barat negeri Sabah, bersebelahan dengan daerah Kota Kinabalu.

Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog. Nama “Penampang” berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.

Daerah Penampang secara keseluruhannya meliputi kawasan seluas 42,473.43 hektar (424.73 kilometer persegi) di mana sebahagian besarnya merupakan tanah tinggi dan kawasan hutan semula jadi. Keluasan kawasan Operasi Majlis Daerah adalah seluas 5,475.04 hektar (54.75 kilometer persegi) dan keluasan kawasan Kawalan adalah 39,997.39 hektar (399.97 kilometer persegi). Catatan statistik bancian penduduk pada tahun 2010 menunjukkan sekitar Penampang mempunyai penduduk seramai 93,616 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pembancian akan dilakukan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul dan mengetahui maklumat bilangan statistik penduduk terkini.

Daerah Penampang dipengaruhi oleh dua musim tengkujuh iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Monsun Timur Laut berlaku antara November hingga Mac dengan suhu sejuk dan kurang hujan, manakala Monsun Barat Daya berlaku antara Mei dan September, membawa suhu panas dan hujan lebat. Purata suhu tahunan adalah 27°C dengan perubahan suhu sepanjang tahun yang kecil iaitu 1.5°C sahaja. Secara umumnya, bulan April dan Mei adalah bulan terhangat iaitu dalam lingkungan 27.7 °C pada bulan Mei. Purata suhu yang agak rendah adalah pada bulanDisember dan Januari.

Purata hujan tahunan adalah 2788 mm. Jumlah paling banyak hujan berlaku adalah sekitar bulan Oktober dengan purata 346 mm. Perubahan jumlah hujan di antara bulan paling kering dan lembab adalah 261 mm. Musim panas terik dan kering biasanya berlaku di bulan Februari dan Mac dengan jumlah paling sedikit hujan pada bulan Februari. Purata hujan di bulan ini ialah 85 mm. Keadaan kelembapan adalah tinggi dan berlaku sepanjang tahun.

Daerah Penampang mempunyai banyak kawasan pelancongan dan tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati. Antaranya adalah Perkampungan Tradisi Monsopiad, pusat perkelahan Tinukadan, Tamu Daerah Penampang, Gereja St. Micheal, Muzium Pogunon dan Tagal Babagon Tinompikon.

 PENGUMUMAN & AKTIVITI TERKINI



22 Jan 2024




NOTIS MAKLUMAN PEMBERIAN INSENTIF PEMBAYARAN CUKAI PINTU

Klik pautan di sini untuk melihat notis makluman ini.

01 Dec 2023




NOTIS PENUTUPAN JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA SEMPENA HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023




01 Nov 2023





PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA NAIK TARAF MAJLIS DAERAH PENAMPANG KEPADA MAJLIS PERBANDARAN PENAMPANG

Sila imbas kod QR yang tertera di dalam iklan tersebut atau kPERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA NAIK TARAF MAJLIS DAERAH PENAMPANG KEPADA MAJLIS PERBANDARAN PENAMPANG

Sila imbas kod QR yang tertera di dalam iklan tersebut atau klik pautan untuk Borang Penyertaan dan Syarat-syarat Penyertaan Umum di:

Klik pautan di sini untuk Borang Penyertaan dan Syarat-syarat Penyertaan Umum di:

16 Nov 2023




SEMPENA SAMBUTAN FESTIVAL I-HIJAU 2023 (16 - 30 Jun 2023)

Pertandingan "Creative Fingers"
Terbuka kepada Semua

Klik di sini untuk borang pendaftaran & syarat penyertaan.


Pertandingan "Graffiti Doodles T-Shirt"
Kategori Sekolah Rendah

Klik di sini untuk borang pendaftaran & syarat penyertaan.


Pertandingan "Mini Green Sculpture"
Terbuka kepada Semua

Klik di sini untuk borang pendaftaran & syarat penyertaan.

16 Jun 2023




ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN, 1961
(ORDINAN NO. 11 1961) (PINDAAN 2000)

NOTIS PENILAIAN HARTA BERKADAR MAJLIS DAERAH PENAMPANG
(KAWASAN PERCUKAIAN, 2022)


Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, iaitu seksyen 74 dan 77, pembayar cukai dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Penampang telah menjalankan penilaian ke atas semua harta yang boleh dikenakan kadaran termasuk harta-harta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam kawasan “Operasi” Majlis Daerah Penampang bagi tahun 2022 dan senarai Penilaian bagi harta-harta tersebut telah disediakan. Kawasan “Operasi” Majlis Daerah Penampang meliputi Pekan Donggongon dan dari kawasan Lido (Jalan Lintas) ke arah selatan sepanjang Jalan Penampang – Lok Kawi sehingga Kg. Maang; semua kawasan sepanjang Jalan Kolam di sebelah utara ke arah timur sehingga Kg. Minintod dan sepanjang Jalan Penampang – Tambunan sehingga Jalan Kolopis; dan sepanjang Jalan Penampang Bypass di sebelah barat sehingga Kg. Kepayan serta mana-mana harta-harta berkadar di dalam kawasan perkadaran yang diarahkan oleh Majlis Daerah Penampang. Senarai Penilaian dan salinannya boleh disemak dan diperolehi di pejabat Majlis Daerah Penampang pada waktu pejabat.


Sesiapa yang ingin membuat bantahan terhadap Penilaian tersebut hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengerusi Majlis Daerah Penampang sekurang-kurangnya 6 hari sebelum 11.07.2023 iaitu pada tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran bantahan.


Setiap notis hendaklah menyatakan dengan jelas amaun penilaian yang dianggap oleh pembantah sebagai munasabah untuk menggantikan amaun yang dinyatakan di dalam Senarai Penilaian serta alasan-alasan bantahan bersama dengan maklumat-maklumat berkaitan. Yuran sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja) hendaklah disertakan.


Diperbuat di Penampang pada 7 haribulan JUN 2023.


FRANCIS CHONG
Pengerusi Majlis Daerah Penampang


***
Notis tersebut di atas telah diiklankan dalam akhbar seperti berikut;

Daily Express
Tarikh: 12 Jun 2023 (m/s 20) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s 19) klik di sini untuk melihat keratan akhbar

Overseas Chinese Daily News
Tarikh: 12 Jun 2023 (m/s A8) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s A11) klik di sini untuk melihat keratan akhbar

The Borneo Post
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s 13) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 14 Jun 2023 klik di sini untuk melihat keratan akhbar

See Hua Daily News
Tarikh: 13 Jun 2023 (m/s A6) klik di sini untuk melihat keratan akhbar
Tarikh: 14 Jun 2023 (m/s A4) klik di sini untuk melihat keratan akhbar

16 Jun 2023





09 Mei 2023




NOTIS PINDAHMILIK HARTANAH

Anda kini boleh membuat pindahmilik hartanah / alamat secara online di sini.
Bagi penukaran pindahmilik hartanah / alamat secara manual, borang MDPG:PEN5 (Pindaan 2020) boleh dimuat turun di sini.

02 Mac 2023





02 Mac 2023




NOTIS MAKLUMAN KEROSAKAN TALIAN TELEFON PEJABAT MAJLIS DAERAH PENAMPANG

Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon di pejabat Majlis Daerah Penampang pada masa ini sedang mengalami kerosakan.

Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi ditalian 088-711713 atau emel kepada md.ppg@sabah.gov.my Aduan awam juga boleh disalurkan melalui aplikasi MDPG e-services.

Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

10 Februari 2023





02 Februari 2023





04 Januari 2023




PAMERAN DRAF PELAN TEMPATAN DAERAH PENAMPANG


Tempat: Wisma Majlis Daerah Penampang
Tarikh: 18 Oktober 2021 – tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Makluman:
Tempoh Pemeriksaan dan Bantahan Awam Terhadap Draf Skim Perancangan Pelan Daerah dan Pelan Tempatan Penampang dilanjutkan sehingga ke satu tarikh tutup yang akan dimaklumkan kelak.

Bagi yang belum berkesempatan untuk mengemukakan cadangan atau bantahan terhadap draf skim ini, anda boleh melawat pameran di Lobi Pejabat Majlis Daerah Penampang.

Sekian, terima kasih.

18 Januari 2022




 TENDER / SEBUTHARGA


No Rujukan Keterangan Makluman Perolehan Tarikh Tutup Dokumen
1 MDPPG:(P)300-1/3(23)/20 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN GRAND MILLENIUM, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 03 JULAI 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
2 MDPPG:(P)300-1/3(23)/22 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN MOGOPUTI INDUSTRIAL 2, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 03 JULAI 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
3 MDPPG:(P)300-1/3(23)/23 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN TANAKI, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 03 JULAI 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
4 MDPPG:(P)300-1/3(23)/24 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN GRAND MILLENIUM 2, MD PENAMPANG . PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 03 JULAI 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
5 MDPPG:(P)300-1/3(23)/25 MENAIKTARAF JALAN DAN PARIT DI TAMAN MILLENIUM HEIGHT BUNDUSAN, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 03 JULAI 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
6 MDPPG:(P)300-1/3(23)/26 MEMBINA BARU 10 UNIT KIOSK DI PEKAN DONGGONGON, MD PENAMPANG PEMBINAAN BARU 03 JULAI 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
7 MDPPG(P)300-1/3(23)/17 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN PRIMA SUMUNDU, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 14 JUN 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
8 MDPPG(P)300-1/3(23)/18 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN SRI BAHANG, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 14 JUN 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
9 MDPPG(P)300-1/3(23)/19 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN PUTRA POGUN, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 14 JUN 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
10 MDPPG(P)300-1/3(23)/20 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN GRAND MILLENIUM, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 14 JUN 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf
11 MDPPG(P)300-1/3(23)/21 KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN TAMAN SURIA KOBUSAK, MD PENAMPANG PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF 14 JUN 2023 Kenyataan_Sebutharga.pdf


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK FRANCIS CHONG

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK ROBERT MALANGKIG

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 121 Pelawat Hari Ini
» 144 Pelawat Kelmarin
» 552 Pelawat Minggu Ini
» 3991 Pelawat Bulan Ini
» 12593 Pelawat Tahun Ini
» 183207 Jumlah Keseluruhan Pelawat