Perayaan Rasmi
|
||||
Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan
dan dalam bahasa Kadazan “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk
menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara
tradisi kaum Kadazandusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas
selesai menuaipadi. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei di peringkat
daerah dan pada 30 dan 31 Mei ia disambut oleh semua kaum lain Sabah.
Antara sambutan
menarik yang lain diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan
sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan iringan paluan
gong.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional yang juga merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Mereka menggunakan sebatang buluh
kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari
dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai
yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas
khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, pertandingan seperti nyanyian yang dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. |
Tradisi
|
Tarian Tradisional
Tarian ritual ini memenuhi pelbagai fungsi iaitu sebagai menandakan kesyukuran dan juga yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi, menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit. Dikatakan bahawa tarian ini adalah berasal daripada cara burung helang terbang dan ditiru oleh petani-petani Kadazandusun yang duduk berehat selepas penat bekerja menguruskan sawah padi mereka. |
Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional Kadazandusun ialah
`Sinuangga’ bagi wanita muda iaitu blaus tidak berlengan yang berwarna hitam
atau baldu dan dihiasi dengan talipinggang yang disebut ‘tangkong’ yang
diperbuat daripada duit syiling perak. Blaus berlengan pendek atau
‘Sinompukung’ pula dikhususkan untuk wanita pertengahan umur manakala blaus
berlengan panjang iaitu ‘Kinoigan’ untuk wanita golongan warga tua terutama
‘Bobohizan’ atau bomoh wanita.
Bagi golongan lelaki pula adalah kemeja berwarna
hitam baldu dan berlengan panjang serta tengkolok `Sigah’ yang mempunyai pelbagai
corak yang tersendiri.
Pakaian tradisi ini biasanya dipakai di musim
perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti di majlis
perkahwinan.
|
Alat Muzik Tradisional
Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam
kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat muzik tradisi yang popular ialah
gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,
bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.
Kebanyakan alat-alat muzik ini dibuat daripada bahan-bahan asli seperti tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. |
Makanan
Tradisional
|
ENCIK FRANCIS CHONG
ENCIK ROBERT MALANGKIG