Apa Itu Cukai Taksiran (Cukai Pintu)
1. Apakah Itu Cukai Taksiran ?
Cukai Taksiran (Cukai Pintu) adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
2. Siapakah Pembayar Cukai Taksiran ?
Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar Cukai Taksiran.
3. Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan Cukai Pintu ?
Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai pintu ialah termasuklah mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah yang mempunyai atau tidak apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang terletak di atas tanah atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan Seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).
4. Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai Pintu ?
5. Kenapa Perlu Membayar Cukai Taksiran ?
Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan, jalan raya serta tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
6. Bila Perlu Dibayar?
Cukai Taksiran perlu dibayar 4 kali setahun iaitu :
• Suku tahun pertama – 1hb. Januari hingga 31hb. Mac.
• Suku tahun kedua – 1hb. April hingga 30hb. Jun.
• Suku tahun ketiga – 1hb. Julai hingga 30hb. September.
• Suku tahun keempat – 1hb. Oktober hingga 31hb Disember bagi tiap-tiap tahun.
7. Diskaun/Insentif
Pemberian diskaun 5% akan diberi jika Cukai Taksiran tahun semasa dibayar penuh sebelum atau pada 31 Mac.
8. Apakah Yang Akan Terjadi Jika Tidak Menjelaskan Cukai Dalam Tempoh Tersebut ?
9. Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bil-Bil Tidak Diterima ?
Datang sendiri ke Pejabat MDPG, Unit Billing untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-
10. Apakah Tanggungjawab Saya Sebagai Pembayar Cukai ?
Adalah penting bagi pembayar cukai membayar Cukai Taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran.
Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-
11. Jika Saya Hanya Seorang Penyewa Rumah / Bangunan Tersebut, Apa Harus Saya Lakukan ?
Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera.
12. Mengapa Cukai Taksiran Saya Berbeza Dengan Jiran Saya?
Perbezaan Nilai Cukai Taksiran adalah disebabkan oleh:-
• Jenis bangunan
• Keluasan lantai
• Lokasi
• Bahan-bahan pembinaan
• Kegunaan
13. Jika Anda Tidak Mampu, Bagaimana Untuk Menjelaskan Cukai?
Majlis boleh mempertimbangkan permohonan untuk pembayaran secara ansuran. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis di Unit Hasil untuk membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.
Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?
2. Apa perbezaan 'Cukai Taksiran' dan 'Cukai Tanah'?
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu" dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada Pihak Berkuasa Negeri.
ENCIK FRANCIS CHONG
ENCIK ROBERT MALANGKIG