TEMPAT IBADAT
Gereja

Gereja Katolik St. Michael Penampang
Gereja St. Michael adalah sebuah gereja Katolik di Donggongon, sebuah pekan di daerah Penampang di negeri Sabah. Gereja ini merupakan gereja yang tertua di daerah Penampang dan gereja yang kedua tertua di Sabah, selepas St. Michael dan All Angels Church yang terletak di Sandakan.

Gereja St. Michael Penampang telah dimulakan oleh Fr. August Wacther dimana pembentangan telah dibuat pada 29 September 1936. Namun, pembinaan telah ditangguhkan semasa Perang Dunia Kedua dan hanya diteruskan pada tahun 1947.


Gereja yang terletak di atas bukit yang curam dan dibina dengan batu ini terletak kira-kira 15-18 kilometer dari Kota Kinabalu dimana ia mengambil dalam masa 25-30 minit dengan kereta. Terdapat juga tanah perkuburan, menara loceng, gua Santa Maria, dewan paroki dan pusat agama di gereja ini.

Tokong

Tokong Fook Tet Kung
Pada tahun 1975, seorang pengembara dari Tanah Besar China telah bermigrasi ke Sabah dengan membawa sebuah patung Ta Pak Kung. Pengembara tersebut telah membina sebuah tokong yang pada mulanya terletak di Kampung Sugud, Penampang. Selepas beberapa tahun, keadaan tapak tokong itu menjadi kurang selamat dan telah dipindahkan ke Pekan Donggongon pada tahun 1986. Selepas beberapa tahun, tokong tersebut telah dibina-tambah menjadi lebih besar seperti tokong yang boleh dilihat pada masa sekarang ini.

Tokong ini mempunyai bumbung jubin dengan reka bentuk Cina di pinggir dengan ukiran marmar pada dinding serta ukiran yang menarik pada tiang-tiang. Tokong yang mempunyai pedalaman luar biasa ini dihiasi dengan beberap dewa serta keindahan perhiasan itu telah menjadi titik fokus para penganut dan setia untuk memberi penghormatan dan mendapatkan perlindungan ilahi. 

Tokong Fook Tet Kung kini terletak di Jalan Taipakkung, Pekan Donggongon, berhampiran dengan bangunan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Penampang dan menerima kunjungan daripada para penganut Buddha dalam sekitar Daerah Penampang.


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK FRANCIS CHONG

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK ROBERT MALANGKIG

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 104 Pelawat Hari Ini
» 143 Pelawat Kelmarin
» 821 Pelawat Minggu Ini
» 247 Pelawat Bulan Ini
» 47106 Pelawat Tahun Ini
» 166414 Jumlah Keseluruhan Pelawat