"SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG MAJLIS DAERAH PENAMPANG | WELCOME TO THE PENAMPANG DISTRICT COUNCIL WEBSITE"


BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
Objektif
Memastikan wujudnya pematuhan syarat-syarat ataupun peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Penampang melalui Penguatkuasaan Ordinan/Undang-Undang Kecil/Peraturan/Polisi yang sedang digunapakai
Meningkatkan kesedaran awam ke arah perubahan sikap di kalangan masyarakat agar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang bersih dan sihat
Menjadikan daerah Penampang sebagai kawasan tempat tinggal, tempat kerja serta tempat menjalankan aktiviti rekreasi yang diakui selamat dan selesa oleh semua lapisan masyarakat
Memastikan Ordinan/Enakmen/Undang-Undang Kecil dapat dipatuhi melalui mekanisma pematuhan yang minima
Perhatian dan tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan setiap aduan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Penguatkuasaan telah diselesaikan dengan baik

Fungsi Utama

Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan Ordinan/Enakmen/Undang-Undang Kecil yang sedang digunapakai oleh Majlis Daerah Penampang. Bahagian ini juga berperanan menjalankan siasatan terhadap aduan-aduan awam yang diterima antaranya:-

·         Aduan Penjaja Haram/Peniaga Haram;
·         Pembuangan Sampah Haram;
·         Kenderaan Terbiar; dan
·         Iklan Haram

Selain itu, antara operasi Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut:-

1.    Penguatkuasaan dan pengawalan pembuangan sampah di merata-rata tempat secara haram;
2.    Penguatkuasaan dan pengawalan ke atas penjaja-penjaja haram;
3.    Menjalankan kerja-kerja perobohan rumah setinggan/bangunan haram
4.    Penguatkuasaan dan pengawalan ke atas iklan-iklan haram;
5.    Pengawalan tamu dan penjaja-penjaja harian;
6.    Pengawasan kebersihan di dalam perkadaran Majlis;
7.    Penyiasatan aduan awam;
8.    Penyiasatan kedudukan rumah-rumah yang memohon pembekalan kemudahan air dan elektrik di atas tanah kerajaan dan perkampungan;
9.    Menjalankan operasi bersepadu dengan jabatan-jabatan lain; dan
10.  Memproses permohonan penggunaan kawasan lapang/kaki lima


PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi

PENGERUSI

En. Francis Chong

PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH PENAMPANG
Pegawai Eksekutif

PEGAWAI EKSEKUTIF

En.Robert Malangkig

e-Info Perkhidmatan

Digital e-Bulletin 2023

CARIAN
(Aksara sahaja)

SAYA INGIN ...

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 11 Pelawat Hari Ini
» 144 Pelawat Kelmarin
» 11 Pelawat Minggu Ini
» 3825 Pelawat Bulan Ini
» 15342 Pelawat Tahun Ini
» 185956 Jumlah Keseluruhan Pelawat

                                                     
PENAFIAN : Majlis Daerah Penampang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakkan yang dialami
disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam portal ini.

Hakcipta Terpelihara © 2024 LAMAN RASMI MAJLIS DAERAH PENAMPANG
Dikemaskini Oleh Unit ICT Majlis Daerah Penampang: 29 April 2024 | 08:10am

Paparan terbaik menggunakan resolusi minimum 1280 X 1024, Pelayar Mozilla Firefox | Google Chrome | Microsoft Edge dan menggunakan peranti mudah alih (Mobile View).
Blinking feature using CSS