Konsep 3R
|
Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce”, “Reuse” dan “Recycle” ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, barangan kaca, aluminium, logam, plastik, tekstil, elektronik dan lain-lain. Proses
kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul, memproses dan menggunakan
semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula
memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin.
Sebagai
contoh, tin minuman terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan
untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur
untuk menyingkirkan benda asing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya
digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. |
Tahukah Anda?
|
|
Kod nombor dalam simbol segitiga pada plastik adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu jenis BAHAN KIMIA yang telah digunakan dalam menghasilkan plastik tersebut. |
Anda boleh mengitar semula tanaman organik di rumah dengan cara kompos, ternakan cacing ataupun membuat sungkupan (mulsa). |
Video Klip Kesedaran 3R
|
ENCIK FRANCIS CHONG
ENCIK ROBERT MALANGKIG