Latar Belakang Program Bandar
Selamat
|
Program
Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan cabinet
yang bermesyuarat pada 28 januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk diwujudkan alam persekitaran Bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan
pada oktober 2004 mengerahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama
melaksanakan Program Bandar Selamat.
Sehingga
tahun 2009, sebanyak 39 PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran menyerti dan
melaksanakan beberapa langkah PBS berdasarkan kepada tahap jenayah dan
kemampuan kewangan PBT. Tiada peruntukan khusus PBS diadakan oleh KPKT dan PBT
oleh kerana perlaksanaan langkah PBS perlu dijadikan sebagai sebahagian
daripada fungsi sedia ada PBT seperti pembersihan kawasan semak, penyediaan
kemudahan keselamatan serta kawasan landskap dan sebagainya.
|
Penubuhan Unit Khas NKRA Bandar
Selamat
|
Pada
16 april 2010, lanjutan daripada perlaksanaan inisiatif Lab NKRA mengurangkan
jenayah melalui Program Bandar Selamat, Unit Khas NKRA Bandar Selamat telah
ditubuhkan secara pentadbiran di bawah pengendalian Timbalan Ketua Pengarah
(Perancangan), En. Kamaruddin bin Shamsudin, Pn. Siow Suan Neo sebagai ketua
unit Khas NKRA Bandar Selamat bersama dengan 12 orang Pegawai telah
ditugaskan untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah ditetapkan dalam Lab
NKRA.
Fungsi
Unit ini adalah:-
1. Mempertingkatkan
peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa selaras dengan keperluan seksyen 20
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 untuk menggalakan dan
menyelaraskan berhubung dengan segala aspek perancangan Bandar dan desa.
2. Memperluaskan
Program Bandar Selamat daripada komponen bebas dari keganasan kepada baki
tiga komponen utama:-
·
Bebas
dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam
·
Bebas
dari kemerosotan sosial dan moral
·
Bebas
dari kemalangandalam dan luar bangunan nyawa, menyelaras dan memantau
perlaksanaan Program Bandar Selamat oleh semua PBT termasuk di Sabah dan
Sarawak
·
Menjadi
pentadbiran dan pengurus SPBS (Pembangunan Gis Jenayah dan Bandar Selamat)
yang dibangunkan pada tahun 2010 yang dihubungkanterus daripada Police Reporting system (PRS)
Polis DiRaja Malaysia
·
Menjadikan
JPBD sebagai pusat rujukan Malaysian Crime Prevention Through Environmental
Design (CPTED) untuk meningkatan kualiti hidup dengan mengwujudkan alam persekitaran Bandar yang lebih selamat
·
Mencapai
semua sasaran yang dipertanggungjawabkan JPBD di bawah NKRA mengurangkan
jenayah iaitu:-
a. Sehingga 2012,
semua PBT perlu melaksanakan Program Bandar Selamat
b. Sehingga 2013,
sekurang-kurangnya 90% Bandar di Malaysia dikategori sebagai terbaik dalam
mengurangkan jenayah
|
ENCIK FRANCIS CHONG
ENCIK ROBERT MALANGKIG